-->

السبت، 29 ديسمبر 2018

Interview

Assalammualaikum all
so for today nak bagitahu psl aku dapat IV kt satu firm arkitek kt Ipoh.

tarikh Iv tu semalam ( khamis 3.30pm)
dapat whatsapp hari rabu kul 11 pagi.
Masa mula2 dpt tu mmg excited gak r.
sbb berpuluh2 resume hantar, dgn apply kt jobstreet lagi, hampeh satu respon pun tak ada.
Dpt whatsapp tu masa kt ofis. syok sekejap, lepastu terus kalut. Sbb tak prepare apa2 lagi. Dah la kat ipoh. Dah la aku pun takleh track company tu aku apply bila dan dari mana. Jobstreet or direct.
Jenuh belek balik emel & jobstreet. kt jobstreet tak tahu cmna nak cari balik history yg mana dah apply. kt emel plak tak jumpa. lepastu cari kt fb kot2 dapat dari situ. Rupanya ada.
Nk kena tahu tu sbb aku bnyk kali update resume & application post tu.. mula2 gaji tinggi, makin lama makin rendha. mula2 graduate architect, lepastu any post vacant je. Haha...
Nak kena recall bnda2 tu semua, penting sbb nak tahu nnt kalau dia tnya psl gaji ka apa ka..
Lagipun nak kena check balik company tu sapa, nak kena tahu la serba sikit ttg company tu.
Last skali jumpa la semua.

Psl resume and company tu satu hal. Portfolio tak siap lagi ni. Tu yg kalut sket tu. Nak kena print. Mana nak cari tempat yg print murah dan boleh cepat siap. Mula2 nak pegi Linggo kt Prai, tapi last2 buat kt kepala batas je, sbb nak balik amek softcopy kt rumah, nak patah balik ke prai tu makan masa, minyak lg, jem lg. Nasib baik la harga sama dgn linggo. 118 oage mostly half colour. Rm111. Oklah.. kaler rm1 per page. B/W 50sen per page.

Cuak jugak masa nak prepare semua tu. Dgn dok fikir cemana nak jwb interview ni. Sbb tak pernah lg interview kerja. Masa dulu2 interview nak masuk belajar je masa degree lama dulu dgn master baru2 ni. Satu lagi belum pernah di interview oleh chinese.




Interview hari khamis pukul 3.30 ptg
Aku g ngn parent aku diorg nak ikut. Bertolak kul 11suku, sggh mkn kt k kgsar, smpai ipoh dlm kul 2.stgh. smpai kt area rumah kedai ofis tu dlm kul 2.40. kul 3 aku dah tercegat kt tangga ( ofis tgkt 1 rumah kedai). Aku baru nak tekan bell, tetiba ada sorg minah ni turun. Nampak gaya mcm interview jugak. Bila tanya dia betul la dia interview jugak. katanya kejap je dlm 15 min je. Cuma tgk portfolio n sembang2 biasa. Lega la jugak aku. Lepas dia chow aku naik. tak dan seminit duduk trus pggl masuk bilik bos utk di interview.

Aku masuk dgn cuaknya. Lepas casual greeting & brief intro, dia mntk nak tgk portfolio aku. So aku pun tunjuk la portfolio aku. Satu2 aku selak tapi briefly sekali lalu je go through psl projek aku. Dari urban design sem 1 smpai la habis design thesis sem 4. in full english. Lepas dlm 8-9 min mcmtu, hbis tunjuk portfolio Master aku. Then aku tunjuk pulak portfolio degree & work experience. (yg tu aku buat masa nak masuk master) yg part belajar tak tunjuk pun, trus skip waktu kerja. Aku tunjuk dan explain jobscope, dan compilation of works yg aku dah buat. Aku cerita la yg aku dah merasa baut semua jenis kerja dari schematic design, to presentation drawing, to working drawing, detail drawing, submission drawing, tender drawing, construction drawing, documentations, porject management, meeting minutes, site meetings, technical meetings, liason with authorities, engineer, contractor, etc. Selama aku kerja 2 tahun as assistant architect. Masa tu mmg aku kaw2 jual diri aku pasal aku tahu bnyk ttg project & contract management, siap sebut lg lecturer pun admt yg aku ada pengetahuan yg advance dlm topic tu. haha.
Lepas tu dia present pulak portfolio ofis dia, dlm 3 mins ttg apa yg dia buat. Kalau ikut, design dia cantik2, canggih, jenis client yg ada duit. banding dgn hasil kerja aku, mmg jauh sekali la. Bnda sekadar ada je.

Then dia tanya psl boleh ke kerja sini sbb dia tnya aku dok mana, ak ckp penang. Pstu aku ckp la aku boleh je. dia tnya single ke. aku ckp y a single. Aku ckp ipoh ni bukan la tmpt yg asing sgt sbb aku buat PART 1 kat Seri Iskandar. Design thesis pun site kat batu gajah. AKu pun masih single, masih lg blum ada planning yg tetap utk career & life aku. So kalau aku dpt kerja dgn dia boleh la aku settle down kat ipoh dan teruskan kehidupan kt situ. Sbb dia ada ckp staff dia kebanyakannya dah lama, dan dia taknak la org dtg kerja dgn dia kejap2, je lepastu chow.

Pstu dia tnya psl gaji. Aku pun masa tu trus terang dgn dia ckp yg aku apply for any post vacant, so depends on post la. Dia kata aku layak PART 2 Architect la. So aku pun terus terang just cakap yg gaji tak kisah, 2.5k pun aku terima asalkan berbaloi dgn workload. (aku sebenarnya desperate, sbb sebelum ni aku letak salary expected 2.7k pun takde respon. mmg rendah gila babi punya.) Aku tanya dia psl work culture ofis dia cmna. Dia ckp jrg la kena stay OT. selalunay dia bagi je balik on time asalkan kerja siap.
Then dia kata dia xleh bg jawapan dlu sbb dia kata tahun depan baru boleh bagi jawapan sbb dia tgh tggu ada projek besar dia nak dapat. Projek tu on, baru dia boleh hire new staff. Dia kata latest is before Chinese New Year.
So dengan itu, tamatlah interview aku dgn dia. Aku pun balik la.

Kesimpulan dari interview ni aku pun tak tahu la nak kata if it was a success or not, apa chances aku. Kalau ikut portfolio, mmg design aku out, siap dia point out 3d aku xrender. (pc aku rosak mas tu sbbtu tak render, just save jpg, pastu photoshop je overlay layer2 lain2). Tapi bonus point aku psl aku tahu seri iskandar & batu gajah. katanya projek besar dia kt area2 situ. Psl skill aku, mcm english & contract management aku tak tahu la org lain mcmana. Sbb aku english pun terabur jugak. COntract management tu kalau sapa2 handle projek, kerja lama, tahu la. Dan aku tak tahu pun dia nak ke org with such skill? sbb dia pun tak tanya sgt psl bnda tu masa interview, so dia takda la evaluate aku or tahu skill aku tu tahap mana. hmmmm
Aku pun berbelah bahagi sebenarnya. Ipoh ni jauh. kalau taping tu okay la lagi. Xdpt pun takpa. Tapi tak tahu pulak bila la aku nak dapat kerja lain. ada ke? So dapat pun oakay, tak dapat pun okay. Mcm takdela mengharap sgt kan. so, pray for the best.

haha Tebal portfolio aku weyh, 118 page smua. Aku malas buat baru. Guna balik format dan segala isi design report. Cuma tambah2 kerja2 semester yg lain je.


Ok lah kawan2 untill then. tata